Blogger Layouts

klik2

Saturday, May 7, 2011

Mimpi Fara Fauzana Jadi Nyata?? Dreams Come True??



PETALING JAYA: “Sepanjang lima tahun bertugas sebagai penyampai radio Hot FM, peluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah mimpi menjadi kenyataan dalam hidup saya. 
Lebih menarik, kata Fara, Perdana Menteri turut berkongsi sisi lain yang tidak diketahui ramai pada temu bual itu iaitu lagu kegemarannya iaitu Kancing Suasa dendangan R Azmi, Nobody (Wonder Girls) dan If Tomorrow Never Comes (Ronan Keating).  
Pada peringkat awal, Fara yang pernah menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menerusi telefon turut gementar untuk bertemu ramah dengan Perdana Menteri itu.  
“Pada pemerhatian saya, Perdana Menteri seorang yang tenang, kelakar dan pandai mengambil hati pendengar ketika meluahkan pandangannya pada sesi temu bual yang julung kalinya,” kata penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana mengenai pengalamannya menemu bual Najib, dalam segmen AM Krew, semalam. 
“Saya juga kagum kerana beliau tiba di studio seawal jam 7.15 pagi sebelum ke udara. Semua artis patut mencontohi beliau kerana jadualnya sebagai Perdana Menteri sangat ketat,” katanya yang mengendalikan sesi temu bual itu bersama dua lagi penyampai Hot FM, Faizal Ismail dan Kieran. 
“Memang saya sudah berjumpa beliau banyak kali, tapi ini kali pertama menemu bualnya secara langsung. Saya juga risau kerana mengalami masalah suara yang tak keluar bila buat program secara langsung. “Saya juga tak fikir pasal rating naik ke tidak bila buat temu bual ini kerana yang penting kita buat apa yang pendengar mahukan. Kalau rating naik pun mungkin kebetulan saja kerana yang penting peminat dan pendengar Hot FM gembira,” katanya. Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk menemubual Najib, kata Fara, semuanya bermula secara spontan saja pada Khamis lalu.  
“Saya akui ini memang idea gila, tapi saya ingin bertanding dengan idea bos saya yang juga Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio, Media Prima, Seelan Paul dengan mengundang Perdana Menteri ke konti Hot FM dan kalau gagal, saya harus memotong rambut, begitu juga sebaliknya. “Saya terus meluahkan hasrat menemu bual Perdana Menteri menerusi laman twitter, Real Fafau yang mempunyai seramai 45,000 peminat pada 27 April lalu iaitu ‘DS Najib Razak, can you come to Hot FM please’. Saya juga meminta peminat di laman twitter menyokong idea ini ternyata mendapat maklum balas positif dari pihaknya,” katanya.


tengok..best kan jadi pengacara. 
dapat interview orang popular, pemimpin negara, bla bla bla.
 ish. satu hari nanti nak join laa bidang macam ni. hehe.
yang lebih best nya, tak sangka PM kita tu minat WONDER GIRLS . 
ahah. taste kita sama! :) 
bole laa pi konsert wonder girls sama-sama kan kan . 
adeh. ok la. babai. 




Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission