Blogger Layouts

klik2

Tuesday, August 16, 2011

anda pening cari calon isteri?? jom cuba tips ni.. mana tahu berkesan..

ingat taknak update dah.. tapi duk jalan-jalan kat facebook terjumpa pulak laa benda ni.. 




*
*
*

Nak pandai = cari isteri cikgu
Nak sihat = cari isteri doktor

nak kaya = cari isteri anak tan sri
nak glamour = cari isteri artis

nak gaduh = cari isteri samseng 
nak sembang = cari isteri penceramah

nak alim = cari isteri ustazah
nak gemuk = cari isteri chef

nak selamat = cari isteri polis
nak stylo = cari isteri kaki shopping

nak MAMPUS = cari isteri muda yg 1 office dengan isteri tua



*
*
*


kelakar kan? macam ni pun boleh.. kreatif betul laa manusia nie.. ^^

berguna jugak.. tak payah orang lelaki pening kepala nak pikir isteri macamana yang sesuai..haha..

Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

esok selangor cuti nuzul Al-Quran~

assalamualaikum n salam sejahtera pembuka bicara.. fulamak.. ayat mukaddimah aku.. takpe laa tak salah pun kan.. orang malaysia kan penuh dengan adab.. jawab jangan tak jawab.. heheee..

aku sebenarnya sudah jadi blur sekarang. dalam kepala banyak sangat benda nak cerita tapi bila once aku dah sign in blogger dashboard ni mesti aku tak tahu nak mula dari mana..haha hampeh kan.. tadi berkobar-kobar sangat..haizz..

 emm.. straight to the point laa.. nak cakap yang bahawasanya kami CUTI esok.. seronok weii dapat cuti tengah-tengah minggu.. hehe beronok-ronok sebenarnya.. kau ada?? kikiki first time guna ayat "KAU ADA" nih.. 

*punye la excited sampai cari gambar ni =P

tapi yang tak best nya, kenapa la cuti hari rabu..kalau lah cuti hari khamis ke jumaat ke, boleh juga ambil cuti tahun..panjang sikit berehat,. adei. padahal baru kerja 3 minggu..ada hati nak berehat lama-lama macam da kerja 3 tahun.. tulang da reput sangat ke hape ni.. haha..

disebabkan cuti hanya sehari, maka apa lagi, esok hari yang paling tepat untuk aku keluar. jom pi jalan TAR (jalan Tunku Abdul Rahman).. kita shopping tudung nak? hihi.. excited je lebih aku ni.. tak tahu laa ada yang berkenan ke tidak.. nak berbelanja kena berjimat jugak.. tengok budget laa ok.. aku tak suka laa beli barang mahal-mahal.. walaupun murah, janji kualiti barang tu ok, sapu jela..lagipun baru kerja.. sudah la bonus tak sempat nak merasa.. huu sedih

*reminder: jangan shopping sampai macam ni ok..membazir..*

honestly speaking, dulu aku free hair.. sekarang aku dah bertudung.. mula-mula nak kekal pakai tudung tu rasa berat juga.. kejap pakai kejap tak pakai.. tapi sekarang alhamdulillah nak pi mana-mana pun pakai tudung..tapi masih banyak laa yang perlu dibaiki..  mula-mula terpaksa , tapi lama-lama dengan rela hati je nak pakai tudung.. :)

ok , bila bab merapu panjang-panjang bagi la kat aku.. memang juara.. adoi! esok lepas aku pi jalan aku cerita kat sini na.. habis laa duit minggu ni.. weekend nak keluar pi Menara Hap Seng a.k.a Korea Plaza pulak.. :P cuba teka tempat apa tu?? entah.. pi search sendiri kat google..

ok la.. nak buat aktiviti lain pula.. asyik online je.. mata ni tahu letih juga.. pesanan penaja, "bawa-bawa laa berehat mata tu.." sesape nak pi jalan TAR jugak esok jangan lupa misscall aku k.. haha.. salam..




Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

Sunday, August 14, 2011

dunia baru, alaf baru, semua baru~

assalamualaikum dan salam sejahtera. lama gila tak menulis entry ni disebabkan kekangan waktu, masalah coverage, tempat, dan bla bla bla.. huhuhu.. and kalau ikutkan hati, entry ni rasanya boleh sampai beribu patah perkataan kot sebab terlalu banyak benda nak diceritakan. hehee.

first of all, nak wish selamat berpuasa kepada semua umat islam yang membaca blog ni. haha. gila lambat wish kan. orang dah setengah bulan puasa, aku baru nak wish. ape daa~ entah-entah ada yang dah raya pun.. :D ada sesiapa terasa tak? kikiki.. alaaa nak buat macam mana.. sekarang baru ada mood nak taip entry..

tujuan asal entry ini wujud adalah sebab aku nak bagitahu dengan bangganya, bahawasanya aku dah start kerja ok. haha. nak tahu dekat mana? di BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN , PETALING JAYA. ceh~ tak payah nak bangga sangat laa kan.. haa sape tahu tempat ni sila angkat tangan??? kalau tak tahu pi tengok kat google k.. 

masa memula dapat berita kena pi posting kat sini, menangis tak berlagu jugak aku.. mana tak nya, dari zaman kolej dulu aku dah set dalam otak, aku taknak kerja biro ni..dengar cerita susah sangat..masa call putrajaya pun aku baru je keluar dari Poliklinik Komuniti Bandar Maharani..menangis kat motor tu jugak..semua orang lalu tengok je..malu gila tapi perasaan sedih lebih mengatasi segalanya..huhu..

 tapi bila dah start kerja sini, so far so good laa.. syok jugak duduk biro nih rupanya.. cuti pun senang dapat.. kerja pun buat dalam group.. cuma yang masalahnya, mula nak buat sesuatu kerja tu susah laa sebab aku dapat duduk kat makmal mikrobiologi.. maka agak biol jugak aku awal-awal ni.. belajar kat kolej pasal ubat..tiba-tiba posting kat makmal..haiyoo.. nasib baiklah dapat mentor yang terbaek~ sporting.. :D

tapi ada masalah jugak kerja kat PJ ni.. esok pulak laa aku cerita. huhu. macam drama pulak dah.. ada bersiri.. lantak lah kan.. esok kerja beb.. ok lah.. selamat malam~

gambar sekadar hiasan :P






Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission