Blogger Layouts

klik2

Sunday, August 14, 2011

dunia baru, alaf baru, semua baru~

assalamualaikum dan salam sejahtera. lama gila tak menulis entry ni disebabkan kekangan waktu, masalah coverage, tempat, dan bla bla bla.. huhuhu.. and kalau ikutkan hati, entry ni rasanya boleh sampai beribu patah perkataan kot sebab terlalu banyak benda nak diceritakan. hehee.

first of all, nak wish selamat berpuasa kepada semua umat islam yang membaca blog ni. haha. gila lambat wish kan. orang dah setengah bulan puasa, aku baru nak wish. ape daa~ entah-entah ada yang dah raya pun.. :D ada sesiapa terasa tak? kikiki.. alaaa nak buat macam mana.. sekarang baru ada mood nak taip entry..

tujuan asal entry ini wujud adalah sebab aku nak bagitahu dengan bangganya, bahawasanya aku dah start kerja ok. haha. nak tahu dekat mana? di BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN , PETALING JAYA. ceh~ tak payah nak bangga sangat laa kan.. haa sape tahu tempat ni sila angkat tangan??? kalau tak tahu pi tengok kat google k.. 

masa memula dapat berita kena pi posting kat sini, menangis tak berlagu jugak aku.. mana tak nya, dari zaman kolej dulu aku dah set dalam otak, aku taknak kerja biro ni..dengar cerita susah sangat..masa call putrajaya pun aku baru je keluar dari Poliklinik Komuniti Bandar Maharani..menangis kat motor tu jugak..semua orang lalu tengok je..malu gila tapi perasaan sedih lebih mengatasi segalanya..huhu..

 tapi bila dah start kerja sini, so far so good laa.. syok jugak duduk biro nih rupanya.. cuti pun senang dapat.. kerja pun buat dalam group.. cuma yang masalahnya, mula nak buat sesuatu kerja tu susah laa sebab aku dapat duduk kat makmal mikrobiologi.. maka agak biol jugak aku awal-awal ni.. belajar kat kolej pasal ubat..tiba-tiba posting kat makmal..haiyoo.. nasib baiklah dapat mentor yang terbaek~ sporting.. :D

tapi ada masalah jugak kerja kat PJ ni.. esok pulak laa aku cerita. huhu. macam drama pulak dah.. ada bersiri.. lantak lah kan.. esok kerja beb.. ok lah.. selamat malam~

gambar sekadar hiasan :P






Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission