Blogger Layouts

klik2

Wednesday, June 15, 2011

kursus induksi untuk bakal penjawat awam

selamat malam everyone. malam ne tension yang amat! tak pernah aku sangka induksi akan buat aku stress macam nih. apa ? tak tahu apa itu induksi ? macamana nak cakap eh. induksi nie kursus yang wajib diambil oleh semua bakal penjawat awam kot. sebab kalau tak mengikuti kursus nie, jawatan anda mungkin tidak akan disahkan. see, betapa pentingnya kursus induksi nie walaupun nampak macam tak ada apa-apa kepentingan. 

apa yang aku tahu, sejak tahun 1992 kot, induksi dibuat selama sebulan, tapi lama kelamaan makin disingkatkan masa nya. batch pakcik aku dulu (intake julai 2007) masih dua minggu diaorang punya kursus. kami? seminggu je. wow. even seminggu je, stress nya sama je. sebab jadual gila packed! padat! setiap hari kena bangun jam 5 pagi untuk bersiap solat subuh dan seterusnya aerobik. 7.45 pagi sudah wajib berada di auditorium. OMG. pastu dari 7.45 am tu duduk laa kami dalam audi sampai 6pm. rehat memang ada. tapi rasa tak cukup rehat tu.

balik 6 petang tu, nak mandi and solat asar lagi. pastu pergi makan kat cafe. wajib la. takkan tak makan kot. then malam dah penat. nak kena buat assignment lagi. ada dua tugasan iaitu individu dan berkumpulan. yang buat aku tension nie, group lain boleh hantar assignment diorang 18hb dan ada jugak yang diberi tempoh sampai 19hb. group aku? sampai 17hb. ya allah. memang tak cukup rehat kami. migrain laa sakit macam-macam semua timbul waktu ni. pendrive pulak yang aku dah kumpul maklumat untuk buat assignment individu tu, hilang.. bengang gila. sampai menangis aku dibuatnya. dek kerana induksi. wow. hebat laa kan penangan induksi ni. disebabkan itu jugak maka terwujudnya entry ni! hahaha.

ok aku sedang menghitung hari. 4 days more to go. cepat laa berakhir wahai induksi. aku tak sanggup dah. aku nak balik rumah! ok aku dah puas hati dapat meluahkan rasa yang terbuku ni. now aku nak buat assignment individu tuh. siapa-siapa yang nak kerja dengan kerajaan perlu laa bersiap sedia jiwa dan raga, haha ayat aku tak bole blah. dah ar. penat merapu. bubye!


nie gambar semalam. pagi2 before gi kolej. ayu kan aku pakai baju kurung. haha. 


Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission