Blogger Layouts

klik2

Wednesday, June 15, 2011

kursus induksi untuk bakal penjawat awam

selamat malam everyone. malam ne tension yang amat! tak pernah aku sangka induksi akan buat aku stress macam nih. apa ? tak tahu apa itu induksi ? macamana nak cakap eh. induksi nie kursus yang wajib diambil oleh semua bakal penjawat awam kot. sebab kalau tak mengikuti kursus nie, jawatan anda mungkin tidak akan disahkan. see, betapa pentingnya kursus induksi nie walaupun nampak macam tak ada apa-apa kepentingan. 

apa yang aku tahu, sejak tahun 1992 kot, induksi dibuat selama sebulan, tapi lama kelamaan makin disingkatkan masa nya. batch pakcik aku dulu (intake julai 2007) masih dua minggu diaorang punya kursus. kami? seminggu je. wow. even seminggu je, stress nya sama je. sebab jadual gila packed! padat! setiap hari kena bangun jam 5 pagi untuk bersiap solat subuh dan seterusnya aerobik. 7.45 pagi sudah wajib berada di auditorium. OMG. pastu dari 7.45 am tu duduk laa kami dalam audi sampai 6pm. rehat memang ada. tapi rasa tak cukup rehat tu.

balik 6 petang tu, nak mandi and solat asar lagi. pastu pergi makan kat cafe. wajib la. takkan tak makan kot. then malam dah penat. nak kena buat assignment lagi. ada dua tugasan iaitu individu dan berkumpulan. yang buat aku tension nie, group lain boleh hantar assignment diorang 18hb dan ada jugak yang diberi tempoh sampai 19hb. group aku? sampai 17hb. ya allah. memang tak cukup rehat kami. migrain laa sakit macam-macam semua timbul waktu ni. pendrive pulak yang aku dah kumpul maklumat untuk buat assignment individu tu, hilang.. bengang gila. sampai menangis aku dibuatnya. dek kerana induksi. wow. hebat laa kan penangan induksi ni. disebabkan itu jugak maka terwujudnya entry ni! hahaha.

ok aku sedang menghitung hari. 4 days more to go. cepat laa berakhir wahai induksi. aku tak sanggup dah. aku nak balik rumah! ok aku dah puas hati dapat meluahkan rasa yang terbuku ni. now aku nak buat assignment individu tuh. siapa-siapa yang nak kerja dengan kerajaan perlu laa bersiap sedia jiwa dan raga, haha ayat aku tak bole blah. dah ar. penat merapu. bubye!


nie gambar semalam. pagi2 before gi kolej. ayu kan aku pakai baju kurung. haha. 


Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

Sunday, June 12, 2011

sifat rakyat malaysia

good night everybody.. lama aku tidak mengupdate entry.. lepas habis exam hari tuh terus balik kampung.. haha.. advanced gila kan.. punya laa annoying duduk kat hostel.. tunggu lama-lama pun nak buat apa kan? menyakitkan hati and menyeksa hati sendiri je..

anyway tajuk entry nih aku nak cakap pasal sifat orang malaysia yang macam .... (what should i say?? macam haram kah? haha) bukan aku nak mengata orang negara sendiri.. ouchh.. i'm malaysian too okay! tapi ni sekadar pengalaman aku je.

actually masa balik hari tu aku naik tren. KTM in short. atau nama panjang : Keretapi Tanah Melayu Berhad. haih. aku nak pergi Bandar Tasik Selatan kena la naik tren tu kan.. so sepanjang dalam tren aku duk perhati je gelagat orang.. aku duduk kat couch wanita.. kalau dengan hubby aku naik couch yang biasa jela.. hehe.. sian hubby aku sorang-sorang nanti..

and nak cerita ni. tadi aku nak balik kolej semula untuk induksi yang bakal berlangsung esok (13jun-20jun).. my dad hantar aku sampai seremban. then aku naik tren laa untuk ke sungai buloh. as usual, aku naik couch wanita laa kan.. yang unbelievable nya, masa nak masuk tren tu, Ya Allah.. perempuan pun main tolak-tolak. macam nak kejar apa entah. kesian makcik-makcik tua, kakak and adik-adik yang bawa barang banyak-banyak tu.. dengan aku sekali siap melayang kena tolak ngan diorang.. bengang gak aku..tapi takkan aku nak jerit maki hamun kan.. maki dalam hati jelaa aku..hahha.. tapi aku tak puas hati sebab aku kena marah ngan akak sorang nih...dia ingat aku yang tolak dia..cis...aku pun ditolak laaa sis..

so yang buat aku musykil ni.. aduhai.. mana perginya sifat kewanitaan diorang? tahu laa nak kejar seat.. tapi agak-agak laa der.. bukan mati pun kalau tak dapat duduk.. haha. ayat aku tak bole blah! aku ni dari seremban ke sungai buloh, sejam setengah aku berdiri.. sebab malas nak berebut seat macam orang tak cukup akal.. haiz.. sampai kl sentral baru aku dapat duduk. apsal diorang yang setakat berapa stesen pun nak berebut-rebut? tulang diorang reput ke hape? kahkah..

lagi satu aku pelik.. couch wanita tu kan ke khas untuk wanita sahaja.. tapi setiap kali aku naik tren, mesti akan ada lelaki yang tak faham bahasa akan masuk dalam couch wanita tu.. apa mereka ni rabun kah? atau buta? grr~ kebiasaannya warga asing laa yang masuk.. tapi kan gambar kat cermin tren tuh da terang lagi bersuluh laa gambar kartun perempuan.. adesss... annoying nya...

haa.. lagi satu.. situasi yang aku nampak petang tadi masa kat stesen KL Sentral.. standard laa nama pun KL Sentral.. ramai gila manusia yang menunggu.. yang nak keluar pun ramai.. and setahu aku, yang nak keluar dulu yang di bagi keutamaan. yang nak masuk tu, tunggu laa kan.. tapi tadi terbalik laa.. orang yang nak masuk tu marah orang yang nak keluar.. haha.. lawak gila kot aku tengok orang tu marah tadi.. ades..

kesimpulan yang aku dapat buat.. emm apa eh? entah laa.. you all nilai laa sendiri ea.. hehee.. aku nak main game.. pastu nak tido..esok bermula lah induksi yang di tunggu-tunggu..wakakka.. zZz~

ni gambar masa dalam tren :P

Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

Saturday, June 4, 2011

hidup tidak pernah sepi dari masalah .

how to start this entry eh? hmm. should i just write all of my feelings right now, or should i just write sikit-sikit je?

haha . what a broken english . sorry . my bad . 

nampak title entry nih ? abaikan . it's just a rubbish . wakaka . yes i know everybody got their own problems and conflicts in their life . tapi yang aku pelik , why everytime aku nak hadapi exam , mesti ada je anasir-anasir yang mengganggu emosi aku ? dah laa aku nie emo orangnya . yes i know i am so stupid in handling my emotion . 

grr . apa aku merepek nih eh ? OMG . sorry . aku geram laa . 
malam ni i felt so annoying . uwaaa . . nak nangis . 

sorry to anybody yang ada rasa sakit hati dengan aku . haha . sebenarnya tadi aku taip benda lain tapi bila aku baca balik and rasanya tak payah kot publish benda tu . nanti ada yang terasa . 
so ini hasil entry aku selepas di tapis hingga kali yang ke sepuluh :D 

sorry if ada yang terguris bila baca entry nih . but seriously , i'm totally pissed off tonight . ni semua facebook punya angkara . 
grr . esok ok balik laa kot emosi aku nih . damn . aku dah laa bakal repeat paper research . kurang bijak kan aku nih ? and everytime aku nak exam mesti ada yang mengganggu fikiran . tak bole tunggu aku habis exam ke ? hmm .

i think it's enough kot merepek untuk malam nih . aku nak sambung main game cityville aku tuh . addicted wei . dari awal tahun kot aku main . at least dapat gak release tension an . tapi kalau main game ni mesti lappy aku hang . but i don't care . asalkan aku dapat mengembangkan lagi "bandar" aku tuh . wakaka . haha . sape nak jadi neighbour aku sila add okeh . facebook aku ade kat tepi nih  :P

nite ayam , itik , pagar . wahaha . 

sekadar gambar hiasan. tiada maksud apa-apa. sape fikir bukan-bukan aku sepak kang!



Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

Friday, June 3, 2011

SELEPAS KAU PERGI - LA LUNA


Selepas kau pergi
Tinggal lah disini ku sendiri
Ku merasakan sesuatu
Yang telah hilang di dalam hidupku

Dalam lubuk hatimu
Ku yakin kau pun sebenarnya 
tak inginkan lepas dariku
Tahukah kau kini ku terluka

Bantu aku membencimu
Ku terlalu mencintaimu
Dirimu begitu…
Bererti untukku…

Kau telah mencinta
Dan dicintai kekasihmu
Ini tak adil bagiku
Hilanglah damba tinggal lah hampa

Lupakanku dalam tidurmu
Yang pernah mencintaimu
Kau memang tercipta
Bukanlah untukku

Selepas kau pergi
Tinggal lah disini ku sendiri
Ku merasakan sesuatu
Yang telah hilang di dalam hidupku

Lala…la..la…lala

huhu lagu nie sebenarnya aku suka sangat.. 
dari form 4 lagi kot.. sebab seingat aku masa tu aku selalu sangat layan chat kat 8tv.. 
alaa yang chat pakai kredit tuh.. nickname aku masa tuh, "BABYANNE89".. hahaha... 

walaupun kredit cepat habis tapi bangga and rasa puas hati laa sebab ayat kita keluar kat tv.. ciss.. sampai sanggup bersengkang mata depan tv sampai lewat malam, 
tengok video clip yang ditayang kat 8tv tuh.. tapi tu dulu la.. zaman budak-budak.. sekarang takde laa nak membazir kredit untuk benda-benda macam tuh..

ok fine.. dah melalut laa pulak.. kenapa post lagu nih?? 
siapa yang pergi?? takde sape.. err.. sesaja je.. hee.. 
ada la something yang mengganggu fikiran aku pada saat ni kan..
sampai naik sakit kepala.. wakaka..
emm fahamkan lah sendiri liriknya eh..

yummy..sedapnya.. hehe..coklat ni laa yang pergi tinggalkan aku.. =.=" tak dapat mam coklat ni lagi kan..aha.. gedik aku.. 

P/s : takziah pada sahabat tersayang, najihah sahami a.k.a Mish diatas pemergian adiknya yazid sahami.. Al-fatihah.. 



Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

Wednesday, June 1, 2011

stalker terhebat . kerja lain da habis ke ?

uhu.. tengok tajuk entry.. siapa yang suka pada stalker eh? orang yang gila glamer saja yang suka pada stalker kot. serabut je kan. semua benda yang kita nak buat , ada je orang nak tahu. lebih-lebih lagi kalau kita da tahu laa ada orang yang stalk kita.. tak kira la kat facebook ke, kat twitter ke, aihh.. habis semua isi dalam profile kita nak di stalk nya. 


apa you all yang jadi stalker ni takda kerja lain eh? kan elok korang pi buat kerja lain yang lebih berfaedah. masak ke, tebas rumput ke.. haha. actually aku pun suka stalk profile orang jugak. tapi hanya orang-orang tertentu sahaja. the choosen one lah kata orang putih :D


nak tahu sebab apa aku stalk?? cuba baca ni.. 


- sebab aku terlebih bosan kot.. haha.. time aku bosan habis laa profile member-member yang aku stalk.. tapi, excuse me.. i stalk bukan sebab i minat.. just saja mengisi masa lapang.. wakaka.. ramai jugak yang aku stalk.. budak2 junior yang letak gambar gedik sangat ke hape ke.. time ni laa nak stalk.. 
- sebab kedua, aku rindu orang yang aku stalk tu laa kot.. tapi kalau sebab yang ni, hanya orang yang betul2 terpilih ok. takkan aku rindu budak gedik yang aku cakap tadi tu pulak kan.. heh~ takde masa aku nak rindu kau! entah lah, walaupun cuma dapat tengok apa yang dia (sape2 yang aku rindu dan stalk) tu post kat status dia or komen kat status kawan2 dia, aku rasa puas kot.. at least aku tahu perkembangan dia kan. eh jangan perasan. bukan anda orangnya! haha. 
- sebab ketiga , sekadar nak tahu perkembangan terbaru kawan-kawan lama. kawan sekolah, kawan kolej, kawan sekerja.. ngee~ tapi lepas da tahu tu bukan lah nak jaja cerita k.. cukup untuk Nice To Know saje.. pastu duduk laa diam2 . tak payah kepoh2 ok. aku pantang laa kalu ada orang stalk aku pastu duk perli2 aku. hape kau da lapar sup kaki ekk??  
- sebab keempat, nak tengok pakwe aku ade curang tak. kihkihkih. aku tahu dia pun selalu stalk wall aku. so, kira adil laa kan.. adeh. takpe laa nak buat cam na.. jangan marah i suda la.. hehe i kan mesra alam.. i have to laa.. :D 

haha. rasa nya ada lagi kot reason orang jadi stalker. tapi otak aku tengah jammed ni. idea taknak keluar. lagipun malas nak taip lagi. sesiapa ada info tambahan sila laa komen kat bawah ni ok.. and sila like.. saya tahu korang semua mesti selalu jadi stalker jugak! ,

P/S : lepas ni jangan laa jadi stalker i.. tahu laa i hot.. wkakaka.. :P


gambar ni pun kerja stalker jugak ! heheee . peace !


Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission