Blogger Layouts

klik2

Tuesday, August 16, 2011

esok selangor cuti nuzul Al-Quran~

assalamualaikum n salam sejahtera pembuka bicara.. fulamak.. ayat mukaddimah aku.. takpe laa tak salah pun kan.. orang malaysia kan penuh dengan adab.. jawab jangan tak jawab.. heheee..

aku sebenarnya sudah jadi blur sekarang. dalam kepala banyak sangat benda nak cerita tapi bila once aku dah sign in blogger dashboard ni mesti aku tak tahu nak mula dari mana..haha hampeh kan.. tadi berkobar-kobar sangat..haizz..

 emm.. straight to the point laa.. nak cakap yang bahawasanya kami CUTI esok.. seronok weii dapat cuti tengah-tengah minggu.. hehe beronok-ronok sebenarnya.. kau ada?? kikiki first time guna ayat "KAU ADA" nih.. 

*punye la excited sampai cari gambar ni =P

tapi yang tak best nya, kenapa la cuti hari rabu..kalau lah cuti hari khamis ke jumaat ke, boleh juga ambil cuti tahun..panjang sikit berehat,. adei. padahal baru kerja 3 minggu..ada hati nak berehat lama-lama macam da kerja 3 tahun.. tulang da reput sangat ke hape ni.. haha..

disebabkan cuti hanya sehari, maka apa lagi, esok hari yang paling tepat untuk aku keluar. jom pi jalan TAR (jalan Tunku Abdul Rahman).. kita shopping tudung nak? hihi.. excited je lebih aku ni.. tak tahu laa ada yang berkenan ke tidak.. nak berbelanja kena berjimat jugak.. tengok budget laa ok.. aku tak suka laa beli barang mahal-mahal.. walaupun murah, janji kualiti barang tu ok, sapu jela..lagipun baru kerja.. sudah la bonus tak sempat nak merasa.. huu sedih

*reminder: jangan shopping sampai macam ni ok..membazir..*

honestly speaking, dulu aku free hair.. sekarang aku dah bertudung.. mula-mula nak kekal pakai tudung tu rasa berat juga.. kejap pakai kejap tak pakai.. tapi sekarang alhamdulillah nak pi mana-mana pun pakai tudung..tapi masih banyak laa yang perlu dibaiki..  mula-mula terpaksa , tapi lama-lama dengan rela hati je nak pakai tudung.. :)

ok , bila bab merapu panjang-panjang bagi la kat aku.. memang juara.. adoi! esok lepas aku pi jalan aku cerita kat sini na.. habis laa duit minggu ni.. weekend nak keluar pi Menara Hap Seng a.k.a Korea Plaza pulak.. :P cuba teka tempat apa tu?? entah.. pi search sendiri kat google..

ok la.. nak buat aktiviti lain pula.. asyik online je.. mata ni tahu letih juga.. pesanan penaja, "bawa-bawa laa berehat mata tu.." sesape nak pi jalan TAR jugak esok jangan lupa misscall aku k.. haha.. salam..




Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission