Blogger Layouts

klik2

Tuesday, May 10, 2011

soalan exam entah apa-apa! waktu untuk menggoreng !

holla belog tercinta. petang ni aku nak share lagi ke"stress"an aku kat sini. lima paper aku da hadap. tapi kelima-lima tu semua aku rasa macam %#$@&* je..  paling aku terasa sedih paper pengurusan asas, kaedah penyelidikan, perubatan alternatif, kimia farmaseutik. EH! tu macam semua je. ha'ah memang pun. tension weh!! aku rasa macam tak pernah jumpa je soalan tu. bayangkan laa tadi masa jawab paper research kan,sempat aku skodeng muka puan. puan shima tengok soalan tu pun aku nampak muka dia terkejut. nampak sangat laa soalan tu memang lari jauh daripada apa yang dia target akan keluar. 

masa aku semester berapa entah, aku rasa aku pernah dengar lecturer aku cakap. dia kata soalan exam sekarang diPILIH oleh BPL. ape tu BPL? Bahagian Pengurusan Latihan. betul ke? agaknya kot. hahahhaa. ok fine , aku tak kisah BPL nak pilih soalan tapi masalahnya pilih yang relevan sikit boleh tak? ini macam soalan zaman tok kadok (ayat kawan aku si ain yang chanteq tadi sebab dah bengang gila). pergh. memang macam taknak bagi kami lepas je. nak bayar elaun banyak-banyak lagi ye kat kami? kaya sangat kerajaan ni. hmm. 

mula-mula aku ingat aku je yang rasa susah sebab aku memang study last minute pun, tapi rupanya after keluar dari dewan exam, semua kawan-kawan aku buat muka stress. macam tenuk ilang laki ada, macam-macam ada la! haih! harap-harap lulus cukup la. 

aku ada kemusykilan . kenapa mesti jadi tugas "mereka" untuk pilih soalan dari BANK soalan? diorang taw apa? bukan diorang yang ajar kami. diorang pilih ikut sedap je. yang kami ni macam nak pecah kepala pikir nak goreng hape! takkan nak hantar paper kosong kot. memang tidak ah! hish serius aku tension . elak kena ambik ubat Hipertension je nanti. huhu.

esok paper mikrobiologi asas pula. agak-agak, soalan yang dipilih untuk mikrob senang ke susah? tahun bila punya ekk? huhu. macam hilang harapan je aku nak study hard. bila masuk exam sama je rasa macam takde study apa pun. member siap cakap "jom gi mid makan ais kacang" =.=" 

korang tolong laa doakan aku eh. doakan aku lulus, boleh jawab. haha. jasamu amat dikenang. penatnya taip panjang-panjang. grr!

tengok muka kartun ni. macam hape? macam ni la muka aku kot masa jawab exam :P

nota kecik : musykil..kalau berniat nak buang student, untuk apa bayar kami elaun. untuk apa simpan kami sampai sem 6 ? ish. xpuas hati~ ei korang. syhhh. diam-diam tau. haha.

Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission