Blogger Layouts

klik2

Wednesday, April 27, 2011

Fasha & Tiz bakal berganding Pak Ngah Balik..Hantu Brutal

Genre filem seram sama ada berunsur serius ataupun komedi seram ternyata semakin mendapat tempat di hati penonton dan pengikut filem tempatan. 

Menyedari sambutan memberangsangkan terhadap filem genre seumpama itu, Sigmagate Production Sdn Bhd buat julung kalinya mengambil inisiatif membelanjakan RM3 juta untuk menerbitkan filem berjudul 'Pak Ngah Balik..Hantu Brutal (PNBHB)' yang akan memulakan penggambarannya pada Mei ini. 

Filem ini dibintangi Eby Yus, Azmal Al Yahya, Yang Kassim, Arman Graseka dan Zarina AF. Selain itu, nama dua pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan Tiz Zaqyah juga turut sama tersenarai. 








Namun sejauh mana penglibatan mereka, penerbit filem itu, Datuk Hassan Mansor, enggan mengulas lanjut. Namun yang pasti, gandingan Fasha dan Tiz mampu menarik minat penonton menyaksikan filem sulung terbitannya. 



Beralih konsep PNBHB, Hassan berkata, filem ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi menjadi serampang dua mata untuk mempromosikan keindahan panorama Negeri Sembilan yang penuh dengan keunikan Adat Pepatih. 

"Negeri Sembilan penuh dengan tempat bersejarah yang perlu diberi tumpuan dan kesempatan menerbitkan filem ini dimanfaatkan dengan penggunaan lokasi di sekitar negeri ini. Selain daripada mahu memeriahkan industri perfileman negara ia juga menjadi sebahagian produk pelancongan,"

katanya. 



Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Tak sabar nk tgk tiz dalam nur kasih the movie! :p

    ReplyDelete

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission