Blogger Layouts

klik2

Wednesday, April 27, 2011

TAKTIK KAUT UNTUNG RUMAH URUT REFLEKSOLOGI

TAKTIK KAUT UNTUNG RUMAH URUT REFLEKSOLOGI


SUNGAI BULOH – Tiga buah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi dikesan beroperasi secara songsang untuk memikat pelanggannya. 

Pusat yang popular dan sering menjadi tumpuan muda-mudi serta orang kebanyakan itu menawarkan pakej ‘ringan-ringan’ bagi menarik perhatian orang ramai. 

Sambil diurut, pelanggan turut dibenarkan berbuat apa sahaja kepada si tukang urut yang berbogel bagi menambah keseronokan selain turut menawarkan urutan badan ke badan. 

Perkara itu dibongkar dalam operasi bersama sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam. 

Pengarahnya Abdul Hakim Mahmud berkata, pemantauan ke atas semua pusat urut terbabit dibuat sejak beberapa minggu. 

Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai operasi pusat refleksologi tersebut yang ternyata melanggar syarat lesen. 

Pemeriksaan lanjut mendapati hampir kesemua gadis warga asing yang bekerja di pusat terbabit tidak mempunyai permit. 

“Kita menahan 16 gadis berumur 25 hingga 35 tahun yang berasal dari China dan Myanmar serta kesemuanya diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,”katanya. 

Turut serta dalam operasi tersebut ialah Ahli Majlis MBSA Zon 23, Mariam Abdul Rashid. 

Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MBSA) 2007 Peruntukan 3 kerana menjalankan perniagaan pusat urutan tanpa kebenaran daripada pihak MBSA.


*gambar hiasan sahaja*




P/s :ish3.. what a shame..memalukan orang sungai buloh.. huh.. rasa macam nak pindah je dari sini.. :D 
Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission