Blogger Layouts

klik2

Saturday, August 11, 2012

si hijau ku dilanggar orang!!

salam.. macam biasa la, aku hanya menaip bila rasa ada masa lapang yang memang lapang sangat. sebenrnya sekarang takde laa lapang mana pun. beberapa minggu nie busy sangat dengan sample.. sifu dan tongga ku nak kejar target (Sasaran Kerja Tahunan).. so kena bertungkus lumus laa buat sample. dulu masa semua orang busy kami relaks je. sekarang baru terkejar-kejar sampai tak cukup nafas. huhu. padan muka kan.

nak dijadikan cerita, pada selasa yang lepas, masa dalam perjalanan dari office nak balik rumah, aku drive macam biasa jela. ambil adik aku si angah tu. lepas tu terus gerak nak balik.jammed gila kat jalan kuching tu. tekan minyak, tekan brek, tekan minyak lagi, tekan brek lagi..

entah apa nasib atau badi yang melekat kat aku petang tu, belum sempat aku tekan minyak lagi, tiba-tiba rasa macam berdentum kereta. terkejut beruk la siot.. aku pandang angah, angah tengok belakang, then keluar kereta, pergi tengok apa yang jadi sebenarnya.

aku follow laa keluar jugak. aku nampak bumper belakang kereta aku sudah pecah. arrghh tidak!! masa tu nampak wira je kat belakang. nak pergi marah akak tu laa kan. sat lagi tengok belakang dan belakang lagi, rupanya ada lagi dua kereta lain yang sondol menyondol. arrgghh.. macam keretapi KTM (Keretapi tanah melayu) pulak aku tengok.

hebat gila kan? selama ni aku ingat aku takkan pernah accident. tapi tak disangka-sangka aku terkena jugak. itulah orang kata , "walaupun kita berhati-hati tapi kalau orang lain tak berhati-hati tak guna jugak". benda dah nak jadi kan, kalau aku tahu nak terkena memang aku tak lalu situ laa. first time aku accident. sampai 4 buah kereta sekaligus pulak tu. hebat!!

sayangnya gambar di tempat kejadian aku tak sempat ambil sebab polis trafik suruh gi caltex untuk settle kan dan kurangkan traffic jammed kat situ. cheesecake betul polis tu. kami sudah laa tengah shock. disuruh pulak bergerak pergi tempat lain. huh. tapi ada laa gambar kereta-kereta yang accident.  byebye.





Thanx For Reading. Feel Free To Drop Your Comment =)

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

sila berfikir sebelum komen dan dilarang mencarut di sini ya =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

*jom klik*

 
free search engine submission